salam readers yang tak seberapa yang juga berada di tempat yang sama dengan cik..
cik sekarang kat sekolah. inilah tempat cik sekarang dan insyaAllah untuk masa depan juga. kenapa? sebab cik kan sekarang dah tahun akhir di IPG. lagi beberapa bulan je nak menamatkan zaman belajar degree cik. lepas habis degree ni cik harap dapatlah cik posting ke somewhere di semenanjung malaysia. well cik kan anak bongsu, mana boleh nak berenggang dengan parens cik.
semalam, kelmarin, cik belum dapat lagi jadual. kiranya 3 hari ni dalam seminggu cik dan merak kayangan masih dalam mood PBS, macam ambil pengalaman dulu lah. takde P&P lagi. cuma semalam cik dah masuk kelas tahun 4. kat sekolah ni ada satu kelas je untuk satu tahun. so kelas tahun 4 pon satu je lah. tahun 4 tak kena KSSR lagi u noe dat.. mujurlah. guru kanan HEM yang suruh pilih tahun berapa yang nak ngajar.sportim kan?
tapi murid tahun 4 kat sini ada masalah sifir la. semalam cik tanya2 depa pasal sifir, depa x cekap sangat. cik ni sem ni kena buat kajian tindakan. kena pilih satu tajuk untuk dikaji dan ditindak. tapi cik still blur sebab cik x jumpa step sebagai tindakan. bantu lah cik yaa.
kelas cik pulak ada 15 orang je. 12 orang lelaki n 3 orang je perempuan. 3 orang je yang geng dengan cik. hurmm esok lusa cuti taw. cik plan nak p bermandi manda kat depan rumah je,. sebab depan rumah sewa cik ada satu kolam boleh mandi taw. cik nak ajak la klasmet cik sekali berkelah kat sini bagi meriah sikit. lagi pun kawasan rumah cik malammalam agak scary taw. kadangkadang dengar bunyi macam ada orang lalu je kat depan rumah. cik harap selamat la rumah tu. lama lagi ni nak sewa walaupun parens cik suruh cari rumah lain sebenarnya sebab nak cari yang lebih dekat dengan sekolah. nanti la cik ingat nak tengok dulu dalam sebulan, rumah tu macam mana. kalau ok, cik stay je lah sampai tiga bulan. kalau tidak, kite berpindah lah ye kawankawan.......
look..baru je sembang dengan cikgu, cikgu dah suruh masuk kelas pukul 1145 satgi sampai 1245 tengahhari karang. darjah 6 u..masa kajian tempatan. cik nak buat apa ye? oke lah cik nak berfikir untuk satu jam satgi nak buat apa... diorang kan nak UPSR, siaplah ampa. cik nak buat something kat ampa..
Tuesday, January 22, 2013
Saturday, January 5, 2013
2013 sudahh
saya ni cik labahlabah yang tak lagi dikenali sebagai cik labahlabah.. labahlabah ni dah hilang bisanya tak seperti dulu.hehe plis faham ayat berkias ni.
oke rupenye dah setahun cik tak update blog ni.lama kot setahun dan sekarang alhamdulillah cik still ingat lagi password and alamat blog ni. sekarang dah 5 januari 2013, dan cik berusia 23 tahun.wahh 23 tu dah anak dara, kalau mak kepada cik dah kawin dah tau. takpelah cik kan belajar lagi, tunggu je la banyakkan bersabar, JODOH tu kan rahsia ALLAH.
cik tak tahu lah yang lainlain si merak dan merpati nak update ke tak blog ni.nampak macam cik sorang je tergerak hati nak menaip. anyway 2013 ialah tahun terakhir cik di maktab tau. lepas ni tak tahulah boleh jumpa ke tak kawankawan maktab ni. masingmasing dengan kehidupan mereka, cik pon tak tahu apa yang akan datang buat cik. cakap cik cik ni, macam cerita kekasihku seru pulak..takpelah asalkan cik bahagia.tapi betul apa panggil cik sebab cik belom dapat status puan lagi.
sekadar mengimbau 2012....
banyak kenangan yang telah cik lalui sepanjang 2012 yang cik langsung tak catat dalam blog ni. biarlah kedukaan itu dilupakan, cik nak biarlah 2013 di IPSAH ni dilalui dengan kebahagiaan. 2012 dulu cik dah lalui 2 kali praktikum tau. pertama sekali di SK taman ria kat sungai petani je dan kali kedua di sk st anne convent. banyak dapat belajar melalui praktikum terutamanya tentang orang sekeliling. macam orang kata pengalaman mendewasakan kita kan kan..
ape cik buat sekarang?
oke cik sekarang sedang mengikuti kesah laksamana sunan dari novel pertama sampai novel 4.mungkin cik terlambat kereta api tapi ade cik kesah. cik pon baru je berminat lepas TERbaca yang pertama masa cuti sekolah hari tu.
berbalik kepada study cik pulak, cik memang rasa sangat kurang ilmu dalam pendidikan ni.tambah pulak cik kena buat kajian tindakan untuk praktikum ketiga ni.wow cik memang kena membaca macammacam artikel dah tau.cik rasa malu kalau lecturer cik cerita macam nak ghak pasal satusatu isu, tapi cik tak boleh nak respons apa sebabnya cik akui cik kurang membaca bahan ilmiah. cik try jugak caricari bacaan ilmiah yang semasa supaya selari la dengan nama gadis semasa kan chewahh.. tapi sebenarnye betul tau cik sangat perlu wajib dan sangat wajar membaca sekarang supaya cik jadi cikgu yang tahu la jugak dalam beberapa hal dalam dunia ni tapi tak la sampai jadi macam profesor serba tahu yang tak mempedulikan pandangan orang lain macam yang pernah puan jamilah, lecturer cik ceritakan dulu. oke cukuplah cik mengarut ni, cik nak cari artikel jap, ecece betol ke cik ni.tahtah satgi dok tidoq ja kerja. oke panjangpanjang bukan ada yang nak baca pon.banyak kali oke dah..oke fulstop...
Subscribe to:
Posts (Atom)