Saturday, January 5, 2013

2013 sudahh

saya ni cik labahlabah yang tak lagi dikenali sebagai cik labahlabah.. labahlabah ni dah hilang bisanya tak seperti dulu.hehe plis faham ayat berkias ni. oke rupenye dah setahun cik tak update blog ni.lama kot setahun dan sekarang alhamdulillah cik still ingat lagi password and alamat blog ni. sekarang dah 5 januari 2013, dan cik berusia 23 tahun.wahh 23 tu dah anak dara, kalau mak kepada cik dah kawin dah tau. takpelah cik kan belajar lagi, tunggu je la banyakkan bersabar, JODOH tu kan rahsia ALLAH. cik tak tahu lah yang lainlain si merak dan merpati nak update ke tak blog ni.nampak macam cik sorang je tergerak hati nak menaip. anyway 2013 ialah tahun terakhir cik di maktab tau. lepas ni tak tahulah boleh jumpa ke tak kawankawan maktab ni. masingmasing dengan kehidupan mereka, cik pon tak tahu apa yang akan datang buat cik. cakap cik cik ni, macam cerita kekasihku seru pulak..takpelah asalkan cik bahagia.tapi betul apa panggil cik sebab cik belom dapat status puan lagi. sekadar mengimbau 2012.... banyak kenangan yang telah cik lalui sepanjang 2012 yang cik langsung tak catat dalam blog ni. biarlah kedukaan itu dilupakan, cik nak biarlah 2013 di IPSAH ni dilalui dengan kebahagiaan. 2012 dulu cik dah lalui 2 kali praktikum tau. pertama sekali di SK taman ria kat sungai petani je dan kali kedua di sk st anne convent. banyak dapat belajar melalui praktikum terutamanya tentang orang sekeliling. macam orang kata pengalaman mendewasakan kita kan kan.. ape cik buat sekarang? oke cik sekarang sedang mengikuti kesah laksamana sunan dari novel pertama sampai novel 4.mungkin cik terlambat kereta api tapi ade cik kesah. cik pon baru je berminat lepas TERbaca yang pertama masa cuti sekolah hari tu. berbalik kepada study cik pulak, cik memang rasa sangat kurang ilmu dalam pendidikan ni.tambah pulak cik kena buat kajian tindakan untuk praktikum ketiga ni.wow cik memang kena membaca macammacam artikel dah tau.cik rasa malu kalau lecturer cik cerita macam nak ghak pasal satusatu isu, tapi cik tak boleh nak respons apa sebabnya cik akui cik kurang membaca bahan ilmiah. cik try jugak caricari bacaan ilmiah yang semasa supaya selari la dengan nama gadis semasa kan chewahh.. tapi sebenarnye betul tau cik sangat perlu wajib dan sangat wajar membaca sekarang supaya cik jadi cikgu yang tahu la jugak dalam beberapa hal dalam dunia ni tapi tak la sampai jadi macam profesor serba tahu yang tak mempedulikan pandangan orang lain macam yang pernah puan jamilah, lecturer cik ceritakan dulu. oke cukuplah cik mengarut ni, cik nak cari artikel jap, ecece betol ke cik ni.tahtah satgi dok tidoq ja kerja. oke panjangpanjang bukan ada yang nak baca pon.banyak kali oke dah..oke fulstop...

No comments: