Wednesday, July 20, 2011

kangen bangat

hari ni tak tau lah kenapa cik labah labah sangat rindukan mak sebenar teman. dari pagi tadi asyik rasa nak talipon je. memanglah teman sekarang baru dapat mak dan abah angkat, tapi kasih sayang mana nak sama dengan orang yang lahirkan kita sejak 20 tahun beberapa bulan yang lalu. sebenarnya teman nak balik rumah minggu ni, tapi rasa ralat je sebab minggu depan dekat nak puasa teman nak balik dengan cik mimi orang parit.nak bagi femes lagi cik mimi ni jiran je kepada cikgu shida yang tengah meletop letop sekarang ni kat youtube. tapi takpelah teman ade aktiviti dan tanggungjawab nak kena buat hujung minggu ni. nak taw teman dah daftar pergi kelas memasak dengan cik bulan dan cik santek. rajen nye teman, tak sangka,padahal kat rumah kalau mak panggil memasak tu, nak angkat kaki pergi dapor pon susah lagi lagi kalau kakak teman ada kat rumah. sebab teman kan anak bongsu,ohh anak bongsu memang suke bagi alasan ek tak mau masak. adehh terpikior juge teman tentang ni. hehe. asyik teman menaip blog ni, baru teringat pesanan mak teman. mak suruh ukur tangan baju sebab beliau sedang membuat baju raya teman. maka teman pon cari lah tali dan pembaris sebagai alat yang sedia ada untuk mengukur. teman ni spesial sikit sebab teman kena ukur tangan kanan dengan tangan kiri sebab duadua tak sama saiz. tup2 setelah itu teros sambung blog balik.

.........................

oke sambung kat mana tadi.baju raya kan.
kali ni seriously baju raya teman yang ada kat rumah tu hanya ada sehelai. da banyak kali teman cakap semakin besar umur kita semakin sikit baju raya, kalau kecik kecik dulu kalau tak lima pasang bukan cik labah labah la tu. teman memang suka ada banyak baju raya mungkin sebab masa kecik kecik guna kain tak sampai 4 meter oleh itu mesti mak teman senang je beli kain dalam 2 meter lebih da dapat siap baju teman. sekarang ni teman kena berdiri atas kaki sendiri. raya kali ni kena beli baju siap je. dan baju tersebut untuk tak membazir nak guna terus masa wedding kakak teman. target teman nak cari 2 helai baju siap warna kelabu dengan warna pastel kot. amboih plan tu baguih da nak melaksana nya tu, tak taw la mampu ke tak. elaun tak seberapa angan angan ke lebih. ni yang teman rasa nak cari orang kaya jadi tok laki teman.

dah la tu teman nak buat laporan la. semenjak semester baru ni macam banyak je tanggungjawab teman kepada maktab ni. belajar tak banyak pon. dasar cik labah labah pemalas. joging pon haramm. doakan cik labah labah jadi rajen ye.. nak dapat 4 flat ni.aritu tinggal 0.01 je nak 4 flat. =D

No comments: