mak: mak nak kau kahwen dengan anak pak cik mail yang jual air jambu batu tu milah.
milah: kenapa mesti anak pak cik mail mak?
mak: sebab mak suka air jambu batu tu. mak tak kira walaupun dia berjerawat batu ke, mak nak terima pinangan depa..
milah: tapi mak, milah dah ada pilihan milah.
mak: setakat mat jo jambul tu tak payahlah milah. dia bukan reti buat air jambu batu pon.
milah: tapi..........
mak: takde tapi tapi lagi. mak kata kau kahwen, kau wajib kahwen dengan anak pak cik mail tu jugak.
milah: (dalam hati sambil berlari masuk ke bilik dan bercucuran air mata)ohhhh mat jo jambulku....tskkk tskkk

maka tamatlah sudah dialog milah dan mak nya yang garang. macam mana dialog macam tu lah teman rasa sekarang. tatkala kita tak bersedia untuk terima sesuatu, dan kita kena terima. seperti milah sudah tidak ada hak lagi untuk bersuara dan menyatakan haknya untuk memilih. bukan kah kita ni ada kebebasan menyuarakan pendapat. dan kepada mak tersebut, (sudah tentu bukan mak teman sebab teman tau mak teman tak paksa teman kahwen macam di atas) tolong lah bertimbang rasa. bukan semua orang seperti mak yang suka suki akan air jambu batu.
nota kaki dan tangan: cik labah labah sedikit emosi. tetapi cik labah labah gumbira dengan sukungan daripada kawan kawan yang berada di atas, bawah, kiri dan kanan. hehe. chill la cik labah labah oiii. hidup cik labah labah. cik labah labah boleh.
1 comment:
sabar la cik labah2..semua yang terjadi ada hikmahnya....
mungkin ini yang terbaik untuk kamu...
gogogogog..cik spider girl!!!
Post a Comment