ape kabo org perak dan 13 negeri yang lain sekalian?
teman ni untuk kali keduanya membina sebuah blog yang dikongsi dengan keliks teman.

maleh le teman nak berbicara panjang.cumanya teman nak cerita pasal beberapa hari lepas. ade la satu pagi yang hening, burung2 belom pon berkicauan dengan riang lagi, masa tu pukul 4.42 pagi macam tu lah. tetiba je fon teman yang sekian lamanya tak berbunyi waktu malammalam dan pagipagi seperti hari itu berbunyi dengan megahnya. sapa la yang nak call teman masa macam tu, teman pon angkat je lah tanpa memikirkan apaapa. teman nampak kat skrin tertulis private number. teman pkior kan kecemasan ke apa la yang jadi. oleh itu teman angkat la fon tersebut. tetiba teman dengar bunyi manusia bernafas dan semestinya manusia itu lelaki. kerana teman tak rasa itu perempuan sebab bunyinya kasar. teman pon helo helo la dengan mamai dan mengantuknya, takde reply apapa pon. teman letak je lah. sekali lagi bunyi fon. teman takot gila nak mampuih, teman gerak la rumet teman. weh tulung jawab jap, aku takot.. rumet teman pon jawab, sama la macam teman.helo helo takda sapa reply dan dengar nafas yang sama macam teman. teman tanya la, kau dengar apa? dan kami terdiam sebentar. teman pandang rumet, rumet pandang teman.sesi pandang memandang terjadi dalam suasana bilik yang gelap yang hanya diterangi cahaya lampu luar bilik.
teman pun takut benor la. banyak kali gila fon teman berbunyi hampir 5 kali kalau teman tak silap. rumet teman dalam kalut kalut takut kata baik silent. teman pon silent, dalam silent pon fon terus menerima panggilan misteri itu. teman pun matikan fon teman. berdebar gila teman. masa nak tidor, berdoa banyakbanyak. berpeluhpeluh sambil tidor dengan selimut walaupun panas.
teman terfikir pulak dengan post satu blogger yang pernah cerita pasal sorang 'doctor' yang gila S tahap kritikal yang suruh buat arahan bukan-bukan padahal sedang fon S sebnanya. alhamdulillah teman dapat tidor sampai pagi dan bangun walaupun lambat sikit.
dan pagi itu jadi pagi sejarah teman.tobat teman takmau angkat dah call dari private number. dan pagi itu, teman berlarian satu murid satu sukan satu malaysia dengan jayanya. peace
No comments:
Post a Comment