Tuesday, July 5, 2011

..cOnFeSsioN..

Salam semua...selamat datang ditujukan khas buat aku yang baru nak stat mencoretkan sesuatu kat blog yang baru diwujudkan nih. Aiseh...ayat tak buleh blah jer kan. Cadangnya, macam malas jer nak perkenalkan diri nih. Ewah, bajet macam top sangat dah lar kan. Ok, aku lah Si Merpati Putih yang sedang pulih dari patah sayap..(patah hati sebenarnya) Selaku penulis ketiga bagi blog nih, aku amat-amat mengalu-alukan kedatangan diri aku sendiri kat blog nih..hahahah (gila)

Cess...gila panjang ayat, bajet macam pemenang anugerah gitu kan. Oppsss...terlajak sudah, =) ok..bila cakap pasal hati dan perasaan mesti semua orang terfikirkan sesuatu atau terfikirkan seseorang. Yeaahhh...kalau aku, aku terfikirkan, andaikan aku dapat seseorang yang dah lama aku suka kat dia..mesti best kan. Mesti kita rasa dunia ini ana yang punya...!! Haa..itu kalau dapat, mau tak dapat frust terlentang jugak ah. Ingat senang ke nak tunggu orang yang langsung tak pandang kita dan tak pernah tau yang kita ada hati kat dia akan suka kita jugak? Ingat dia nak pandang hang ker kalau hang nak-nak pulak bukan taste dia sangat...BUAT NAIYA jaaa.

Bak kata Si Merak, berpijaklah di alam yang nyata. Yeaaahhh...Aku Si Merpati memang belajar untuk berpijak di bumi yang nyata. Korang jugak kena belajar untuk berpijak di bumi yang nyata. Tapi kalau korang nak jugak orang yang korang suka tuh minat korang jugak, belajar lah untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi. Dan yang paling penting hang kena berani ah..tak buleh ah jadi pengecut. Dengan ini, secara tak langsung, hang memang dah berjaya selangkah untuk pikat orang yang hang suka tau.

Tapi andainya dia memang tak layan hang sebagaimana yang hang harapkan..sila lah untuk belajar terima hakikat yang dia sememangnya tak suka kat hang dan hang bukan jodoh dia ok. Macam aku, aku memang cepat suka dan cepat jer hilang suka aku dekat orang. Jadi kalau time aku tengah mati-mati syok kat dia, memang aku gila buat beberapa ketika. Bila hilang rasa suka tuh, ting~~~hilang terus semua perasaan yang membuatkan bila aku terpandang dia, aku rasa dia sangat perfect untuk diminati. Bangang tak aku? Bangang tak bangang itu lah aku.

Tapi, aku tak pernah berani untuk confess mana-mana guys yang aku suka. aku belum mampu nak apply peribahasa perigi mencari timba. Bukan sebab aku hodoh..tak...(hahah)..sebabnya aku tak pernah ada keyakinan dalam diri aku untuk confess orang yang aku suka. Lagi satu aku sangat takut kalau free-free jer aku kena reject. Orang macam aku nih, memang malang..sebabnya nanti bila guys yang aku suka tuh minat someone, masa tuh lar aku menangis tak berlagu..

Soo...moral of the story, jangan berani-berani nak dekati seseorang yang hang rasa dia memang bukan taste yang suka hang..hahahah..sedarlah diri sikit..

1 comment:

kukuchimachikumi said...

merpati putih..patah sayapnya di udara yayayayaya..seusia malam ku menntimu....sehening salju ......lalalalalala~~~`